Sunday, February 22, 2009

Program Motivasi Tingkatan 4

Program motivasi ini dikhususkan kepada para pelajar tingkatan empat iaitu 4P4, 4P5, 4P6, 4P7. Seramai 106 pelajar yang hadir. Pengisian dalam program yang berlangsung selama tiga jam bermula pada pukul 7.30 a.m hingga 10.30 a.m ini adalah untuk mengajar para pelajar untuk memcatat nota yang baik. Selain itu juga para pelajar juga diberikan nasihat dan motivasi supaya mereka menanamkan azam yang tinggi untuk terus berjaya dalam pelajaran mereka. Selain itu juga aktiviti seperti ayat paling menarik hasil daripada menamonik iaitu satu kaedah untuk membuat nota ringkas, para pelajar akan diberikan hadiah. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penyertaan semua pelajar dalam aktiviti yang dilakukan.

GAMBAR PROGRAM DAN PEMENANG AKTIVITI YANG DIJALANKAN








KUIZ……….

Kuiz diadakan dilaluan inspirasi kaunseling. Tujuanya adalah untuk menggalakkan para pelajar mengunjungi laluan inspirasi kaunseling disamping memberikan para pelajar memerah minda untuk menyelesaikan kuiz yang diberikan. Kuiz yang diberikan adalah berbrntuk ilmiah bertujuan selaian dapat memberikan keseronokkan kepada para pelajar ia juga dapat menguji minda mereka dalam pengiraan. Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan daripada para pelajar dari semua kaum iaitu Melayu, Cina dan juga India. Para pelajar yang dapat menjawab soalan kuiz akan diberikan hadiah.

Mari melukis sambil berfikir………………………………………….

1. Cantumkan kesembilan-sembilan titik dibawah tidak melebihi empat garis lurus.

2. Garis lurus tersebut mestilah bersambungan dan anda tidak dibenarkan mengangkat pen semasa melukis empat garis lurus berkenaan.


GAMBAR PEMENANG DAN AKTIVITI KUIZ YANG DIJALANKAN







Kursus Kepimpinan Kokurikulum

Kursus kepimpinan koukurikulum diadakan pada 7 februari 2009 yang bertempat di dalam bilik gerakan. Kursus kepimpinan ini terdiri daripada semua unit beruniform, persatuan dan juga kelab. Tetapi para peserta hanya terdiri daripada para pelajar yang memegang jawatanm pengerusi, naib pemgerusi, setiasusaha dan juga bendahari. Slot pertama disampaikan oleh cikgu Mohd Noor b. Hasyim mengenai stail dan ciri-ciri seorang pemimpin. Slot kedua bersambung iaitu dikendalikan oleh cikgu Mohd Arman b. Nordin mengenai penubuhan kelab dan persatuan disekolah. Setrusnya slot disambung oleh Pn. Puti Azween binti Azrin mengenai peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa dan diakhiri dengan slot bengkel yang dikendalikan oleh cikgu Zainal Abidin b. Mohd Jabbar. Seterusnya majlis penutup oleh Puan Marhamah binti Idris.






Mesyuarat Pembimbing Rakan Sebaya


Mesyuarat kali pertama PRS diadakan pada 7 februari 2009 pada hari jumaat pada jam 3.30 p.m hingga 5.30 p.m. Pada mesyuarat kali pertama ini, sesi pemilihan untuk semua jawatan seperti pengerusi, naid pengerusi, setiausaha, bendahari, dan juga ahli jawatan kuasa dilantik. Pada sesi kali ini juga kaunselor pelatih mendedahkan sedikit sebanyak mengenai PRS serta peranan yang perlu dimaikan oleh setiap ahli yang menjadi ahli PRS. Dalam mesyuarat pada kali ini juga, semua ahli bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dua minggu sekali pada setiap hari jumaat pada jam 3.30 hingga 5.30 p.m.


PROGRAM AKU YAKIN BOLEH (YB)

Program aku yakin dijalankan khas khususnya kepada para pelajar semua tingkatan tiga. Program aku yakin boleh mempunyai dua fasa iaitu fasa pertama bermula pada 2 februari 2009 hingga 6 februari 2009. manakala fasa kedua akan bermula pada 23 mac hingga 27 mac. Pada fasa pertama aktiviti yang dijalankan adalah berkaitan kemahiran mencatat nota dengan baik. Tujuannya ialah untuk mengajar para pelajar mencatat nota dengan baik seterusnya dapat membantu mereka untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih mudah dan efektif.









MENJALANKAN UJIAN INVENTORI PERSONALITI WARNA DAN UJIAN MINAT KERJAYA

Ujian personaliti warna dan ujina minat kerjaya dijalankan dilaluan inspirasi kaunseling. Tujuan ujina personaliti warna ialah untuk melihat personaliti warna para pelajar berdasarkan warna emas, biru, hijau dan jingga. Selepas para pelajar menjawab kaunselor pelatih akan mentafsir dan menginterpretasikan hasil skor pelajar tersebut. Manakala ujian minat kerjaya adalah untuk melihat kecenderungan minat kerjaya para pelajar. Para pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan dan markah skor akan dikira, dan kaunselor pelatih akan menginterpretasikan skor tersebut dengan minat kerjaya pelajar berdasarkan enam jenis iaitu realistik, investegatif, artistik,sosial, enterprising dan juga conventional. Ramai para pelajar yang telah melakukan kedua-kedua ujian tersebut. Para pelajar digalakkan untuk mencuba dan melihat personaliti mereka dan juga minat kerjaya mereka dilaluan inspirasi kaunseling.

SEKITAR GAMBAR AKTIVITI UJIAN (IPW) DAN (SDS) DIJALANKAN BERSAMA PELAJAR








Friday, February 6, 2009

LALUAN INSPIRASI KINI DIBUKA.....




Laluan Inspirasi telah dibuka pada hari rabu 4.02.2009. Para pelajar boleh mengunjungi di laluan inspirasi pada waktu rehat dan waktu balik. Pelbagai aktiviti dijalankan, dan pada minggu ini di laluan inspirasi menyediakan pelbagai brochuer untuk para pelajar dan Ujian Personaliti Warna dijalankan.




Tuesday, February 3, 2009

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA


KEM ROAD TO EXCELENT


Kem road to excelent telah dilangsungkan pada 30.01.2009-2.02.2009. Kem ini disertai oleh seramai 80 orang pelajar SMKDZM yang bertempat di Desa Selesa Tanjung Malim. Fasilitator terdiri daripada kaunselor sekolah, Yayasan Pelajaran Mara, guru praktikum dan juga guru-guru sekolah SMKDZM. Kem ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar untuk terus maju dalam bidang akedemik disamping meningkatkan motivasi serta tidak mudah berputus asa dalam mencapai impian mereka.






Program Kesedaran Diri


Program kesedaran diri ini telah dijalankan pada 14-16 Januari 2009 yang bertempat di bilik gerakan sekolah. Masalah disiplin semakin hari semakin mencabar. Masalah disiplin ini perlu dibendung dengan segera sebelum ia menular kepada generasi baru SMK Dato’ Zulkifli Muhammad.

Menyedari hakikat ini, maka satu program dirangka bagi membenteras gejala ini dari terus merebak. Dengan kerjasama antara unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling diharap dapat mengatasi masalah ini dari melarat.

Program ini mempunyai beberapa tujuan yang ingin dicapai. Antara yang penting ialah pihak sekolah mahu para pelajar untuk mematuhi peraturan sekolah yang telah termaktub dalam buku peraturan sekolah.

Turut dimasukkan dalam program ini ialah pemantapan budaya sekolah meliputi undang-undang dan peraturan sekolah, penglibatan diri dalam kokurikulum dan pembinaan sahsiah pelajar. Diharap program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar dalam mematuhi peraturan sekolah seterusnya dapat belajar dalam menggapai impain masing-masing.