Ujian personaliti warna dan ujina minat kerjaya dijalankan dilaluan inspirasi kaunseling. Tujuan ujina personaliti warna ialah untuk melihat personaliti warna para pelajar berdasarkan warna emas, biru, hijau dan jingga. Selepas para pelajar menjawab kaunselor pelatih akan mentafsir dan menginterpretasikan hasil skor pelajar tersebut. Manakala ujian minat kerjaya adalah untuk melihat kecenderungan minat kerjaya para pelajar. Para pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan dan markah skor akan dikira, dan kaunselor pelatih akan menginterpretasikan skor tersebut dengan minat kerjaya pelajar berdasarkan enam jenis iaitu realistik, investegatif, artistik,sosial, enterprising dan juga conventional. Ramai para pelajar yang telah melakukan kedua-kedua ujian tersebut. Para pelajar digalakkan untuk mencuba dan melihat personaliti mereka dan juga minat kerjaya mereka dilaluan inspirasi kaunseling.
SEKITAR GAMBAR AKTIVITI UJIAN (IPW) DAN (SDS) DIJALANKAN BERSAMA PELAJAR
salam. boleh tak kami nak salinan ujian inventori tersebut dan cara penafsirannya.
ReplyDelete