Tuesday, February 3, 2009

Program Kesedaran Diri


Program kesedaran diri ini telah dijalankan pada 14-16 Januari 2009 yang bertempat di bilik gerakan sekolah. Masalah disiplin semakin hari semakin mencabar. Masalah disiplin ini perlu dibendung dengan segera sebelum ia menular kepada generasi baru SMK Dato’ Zulkifli Muhammad.

Menyedari hakikat ini, maka satu program dirangka bagi membenteras gejala ini dari terus merebak. Dengan kerjasama antara unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling diharap dapat mengatasi masalah ini dari melarat.

Program ini mempunyai beberapa tujuan yang ingin dicapai. Antara yang penting ialah pihak sekolah mahu para pelajar untuk mematuhi peraturan sekolah yang telah termaktub dalam buku peraturan sekolah.

Turut dimasukkan dalam program ini ialah pemantapan budaya sekolah meliputi undang-undang dan peraturan sekolah, penglibatan diri dalam kokurikulum dan pembinaan sahsiah pelajar. Diharap program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar dalam mematuhi peraturan sekolah seterusnya dapat belajar dalam menggapai impain masing-masing.

No comments:

Post a Comment